Klik Dengan Bijak – False Information
27 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 26 Januari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video advokasi Klik Dengan Bijak iaitu False Information bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Tayangan video ini telah disertai seramai tujuh orang peserta berusia dalam lingkungan 15 – 18 tahun.
Tujuan utama tayangan video advokasi Klik Dengan Bijak – False Information diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta bahawa jangan mudah percaya pada maklumat yang ada di atas talian. Sekiranya mereka tidak pasti dengan kesahihan berita tersebut, mereka dapat menyemak segala maklumat di portal sebenarnya.my. Peserta juga digalakkan untuk berkongsi maklumat yang betul sahaja kerana penyebaran maklumat yang salah dan palsu adalah salah di sisi undang-undang.
Peserta dinasihatkan supaya berwaspada ketika ingin berkongsi berita atau maklumat. Mereka harus memastikan berita yang ingin mereka kongsi adalah betul supaya tidak menyebarkan maklumat yang salah dan menjadi viral. Justeru, peserta harus menjadi pengguna internet yang bijak supaya semua orang mendapat kebaikan yang sama rata.
Kesimpulannya, melalui tayangan video False Information, kesemua peserta yang terlibat dapat memahami bahawa pentingnya berkongsi maklumat yang betul dan sahih. Penyebaran berita palsu adalah satu tindakan dan amalan yang tidak baik dan perlu dielakkan supaya tidak menjadi rutin rakyat Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: